Jumaat, 24 April 2009

Politik

Politik…Politiking…Politikus…Politena…Politeknik…Politeisme…
Wah pening aku….
Dari kecil sampai umur 22 tahun ( wajib sudah mengundi ) POLITIK masih bangga dengan kuasanya, aku sebenarnya belum paham apa sebenarnya POLITIKUS ni mahukan….
Nak menolong rakyat?
Menolong, mengetong, monolog dalaman…

Di jalan penuh dengan papan tanda ( undilah adun 007.James Sabon ), banyak papan tanda, banner, bendera, kompek dan bahai di letak di tepi, di tengah, di atas, di bawah, di siring-siring sampai tidak ada ruang untuk iklan komersil lain untuk menunjukkan iklan kain jual murah di kedai-kedai kain…

Dari jalan balung sampai kalabakan, dari sebatik sampai berpitik…
Bahang Suruhan Pilihan Raya (SPR) memang kuat…
Sampai tercetus pergaduhan sesama sendiri, nak tunjukan siapa lebih kuat, siapa lebih berkuasa dan ada juga disebabkan adanya pengundi hantu…
Kacau pikiran…

Nasib baik Malaysia tidak ganas macam di Negara luar sana, hari mengundi dijalankan dengan tenang walaupan ada masalah sikit tapi masih boleh terkawal…

Kenapa Wakil Rakyat perlukan?
Suara rakyat diwakilkan?
Diwakilkan kah suara rakyat?
Mengapa dan kenapa?

Penting memang penting, aku masih pening nak undi siapa?
Semua cakap putar belit, macam-macam janji di janjikan, janji belum ditunaikan masih mahu berjanji, janji berjanji, pening!!!

Semua mahu menang, semua mahu jadi wakil, semua mahu berjanji, semua lupa janji, ha..ha..ha…
Pangkah kotak ini, pangkah wakil ini, pangkah orang ini, pangkah memangkah…

Aku sudah dewasa…
Aku orang biasa, tidak banyak duit, tidak ada yang mengenali aku, tidak ada kerja tetap, aku masih muda, selalu cari jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu, makna tersirat ataupun tersurat politik belum aku faham tapi aku mahu jadi wakil rakyat…
Layak kah aku menjadi wakil rakyat ?

Ha…ha…ha…



Khamis, 23 April 2009

Cinta Monyet…

Dari jauh Saifol sudah meneka tubuh rakannya, Meet yang kelihatan sedang duduk di hadapan mesin pencetak. Merenung mesin pencetak yang sedang berfungsi seolah-olah sedang memikirkan masalah Negara. Tapi Saifol amat yakin bukan masalah itu yang sedang bermain di fikiran Meet. Tidak mungkin Meet memikirkan masalah Negara kerana Meet bukan berfikiran Patriolitik. Erti patriolitik pun Meet tidak pernah nak ambil tahu apatah lagi nak sambut hari kemerdekaan Negara yang disambut setiap tahun oleh rakyat Malaysia mahupun rakyat asing yang berada di Negara Malaysia. Itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa hal ehwal Negara tidak penting dalam hidup Meet.

Jadi apa yang sedang Meet fikirkan? Tidak penah Saifol melihat Meet termenung jauh seumpama sekarang. Dari kecil lagi mereka berdua berkawan rapat, Meet tidak pernah termenung atau bersedih seperti kematian bini. Meet mengamalkan hidup yang ceria dan sering menjahui sebarang masalah yang mungkin timbul. Pendek kata Meet sentiasa bergembira walaupun kena olok, di hina, kena pukul mahupun kena buli oleh rakan-rakannya sekalipun, dia tetap gembira seperti dapat kahwin dengan datuk siti nurhaliza. Pernah sekali Saifol melihat Meet bersedih, itupun waktu Meet sakit gigi atau terkena cirit-birit yang keronik.

Saifol meneruskan langkah. Perlahan-lahan Saifol mengatur langkah untuk mengejutkan Meet tapi hajat Saifol tidak tercapai kerana terpijak bag plastik dan mengejutkan Meet lalu menoleh kearah Saifol.

“Saifol ! kenapa kau terhendap-hendap?” tegur Meet tanpa menunjukkan perasaan terkejut.

Saifol mengaru kepala sekaligus mengaru ketiak. Tiba-tiba saja ketiak Saifol gatal biarpun mengaru kepala menunjukkan Saifol kekeringan idea untuk menjawab pertannyaan Meet.
“ada apa Saifol?” Tanya Meet setelah menyepikan diri sejanak.
“tidak apa-apa,saja nak jumpa kau, salahkah aku nak jumpa kau?” Saifol menjawab soalan Meet.
“tak salah, aku Tanya saja, manalah tau ada hal mustahak, maklum sajalah kau kan jarang jumpa aku, kau kan selalu bermain skate di terowong” kata Meet.

Meet malu-malu. Perkataan terowong mengigatkannya kepada buah hatinya yang berkerja di sana. Dia tidak pernah menceritakan kepada Saifol kerana segan. Tidak sangka pula Saifol telah tahu dengan sendirinya.
“aku dengar kau ada buah hati sekarang. patutlah jarang aku tengok kau di sini. Seronoklah kau sekarang,” jawab Meet merendah diri.
“kau pun sama. Kau pun ada buah hati. Buah hati kau lebih cantik dari buah hati aku. Maklum lah kau kan lebih tampan dari aku. Sudah tentu ramai awek tertarik kepada kau berbanding aku yang hodoh lagi hina,” jawab Saifol merendah diri.
Walaupun Saifol menyampaikan kata-kata itu dangan gaya lawak dalam usaha untuk melihat senyuman Meet, tetapi usahanya ternyata sia-sia. Jagankan nak ketawa, senyum pun tidak. Sahlah sekarang Meet mengalami masalah besar dan sukar untuk mencari jalan penyelesaian.
“aku lain, kau lain. Dalam soal mencari cinta sejati demi sebuah kebahagiaan, paras rupa bukanlah ukuran. Biar cantik atau hodoh, yang penting adalah kasih sayang dan keikhlasan. Kebahagiaan bukan diukur dengan paras rupa. Kau mesti paham tu. Tidak kurang di dunia ni orang yang cantik gagah berolah kebahagiaan,” ujar Meet dengan gaya seperti sedang mendeklamasi puisi.
Terpegun seketika Saifol mendengar puisi indah dari Meet di telinganya. Seumur hidupnya, tidak pernah dia mendengar kata-kata seindah ini. Dia kagum kerana kata-kata itu terbit dari mulut rakan baiknya sendiri. Saifol tidak pernah menyangka Meet memiliki bakat menjadi penyair. Mungkin juga Meet sendiri tidak pernah tahu akan adanya bakat yang terpendam.
“aku berharap kami pun akan bahagia, sama seperti kau dengan Aini,” kata Saifol tanpa menduga masalah itulah yang menghatui fikiran Meet.

Mendengar nama Aini, satu keluhan dilepaskan dari mulut Meet. Kedengaran berat dan dalam menbuatkan Saifol mula mengesyaki sesuatu. Kerana selama ini ramai yang tahu Meet dan Aini adalah pasangan serasi. Manalah ada yang mendakwah pernah mendengar Meet dan Aini menyanyikan lagu Serasi secara berduet.

“sebenarnya hubungan kami sedang mengalami masalah besar. Aku tak tau sama ada hubungan kami akan berakhir dengan kebahagiaan atau akan terputus d tengah jalan. Aku sedang keliru dan kecewa kerana sebenarnya Aini tidak menghargai cinta dan kasih sayang yang aku curahkan kepadanya,” jelas Meet menceritakan permasalahan yang dihadapinya.

Saifol amat terkejut. Terganga mulutnya mendengar penjelasan itu.seperti tidak masuk logic kerana hubungan Meet dan Aini bukan rahsia lagi. Mereka adalah pasangan yang secocok dan amat padan. Sama cantik sama lawa, seperti pinang dibelah dua. Namun, sapa menyangka sebenarnya dalam air yang tenang rupa-rupanya ada buaya itu sedang tidur, sebab itulah airnya tenang.

“ kenapa kau cakap macam tu. Aku dengar Aini tu bukan main sayang pada kau. Kau pun sayangkan Aini,” kata Saifol seperti engan mempercayai dakwaan Meet. “ kau pernah dengar istilah cinta Monyet ?” Tanya Meet. Saifol mengangguk. Istilah itu memang popular. Entah sapa yang menciptannya.
“ kau tahu Aini cakap apa ?” Tanya Meet lagi.
Kali ini Saifol mengeleng. Manalah dia tahu. Meet pun satu, Tanya soalan bodoh macam tu.
“ Aini cakap apa ? “ balas Saifol bertanya setelah Meet hanya mendiamkan diri.
Sekali lagi terdengar keluhan, sama seperti tadi. Saifol terpaksa bersabar. Mustahil Meet tidak mendengar pertantayaan tadi.
“ ntahlah. Aku pun tak paham kenapa dia buat tuduhan liar macam itu. Aku tak sangka selama ini Aini tak percaya cinta aku terhadapnya adalah cinta sejati, bukan cinta main-main atau pun main-main cinta macam judul filem tu. Aku amat mencintai Aini, sepanuh hati. Tapi sampai hati Aini meragukan sebuah cinta agung. Itulah yang menbuat aku sedih sangat. Sudah dua hari aku tak lalu makan. Mandi jangan ceritalah. Kadang-kadang aku rasa nak bunuh diri sebagai bukti bahawa aku memang cintakan Aini sepenuh hati. Tapi…”
Esakan kedengaran. Saifol terharu bila melihat Meet menitiskan air mata. Namun Saifol tidak dapat pertalian di antara kesedihan Meet dengan cinta Monyet yang ditanyakan tadi.

“ apa yang Aini cakap?” Tanya Saifol setelah melihat Meet sudah berhenti menangis.
“ kan aku dah cakap tadi?” kata Meet dengan suara meninggi. Saifol tidak tersingung kerana tahu Meet sedang beremosi. Sebagai seorang sahabat, dia harus memahami. Sekirannya dia berkasar, sudah tahu Meet akan menjadi berang kerana emosinya sedang tergangu.

“ maaflah, mungkin aku kurang faham,” kata Saifol mengakui kelemahan dirinnya.
“ kau tahu aku amat mencintai Aini, “ kata Meet.
Saifol magangguk. “ tak patut Aini tuduh kau macam-macam,” kata Saifol bersimpati.
“Eh, apa kau cakap nie. Aini tak tuduh aku macam-macam, “bantah Meet membuatkan Saifol kebingungan.
“ habis tu?”
“ Aini cakap sikit sahaja, selebihnya aku buat kesimpulan sendiri,” jelas Meet.
“ apa yang Aini cakap?” Tanya Saifol.
“ masa itu kami sedang bercakap soal cinta. Tiba-tiba saja Aini cakap cinta aku terhadapnya adalah cinta Monyet…” ujar Meet sambil menundukkan kepala.
Saifol tergamam. Seakan tidak percaya dengan apa yang menusuk ke lubang telinganya.
“ kau ni dah gila kah apa!” seru Saifol membuatkan Meet terkejut. Saifol menggelengkan kepala.
“ kau nak tau kenapa Aini cakap cinta kau terhadapnya adalah cinta Monyet?” Tanya Saifol.
Terkebil-kebil mata Meet memandang Saifol. Tidak pernah Saifol menuduhnya atau sebarang gelaran seumpamanya. Apatah lagi Saifol kelihatan marah.
“ Aini cakap macam tu sebab kita ni Monyet. Kalau monyet dah tentulah cinta Monyet. Kau nak cinta apa lagi, nak cinta penyu?” sergah Saifol lalu berbalik untuk segerah melangkah pergi dari situ setelah menyedari dia hanya membuang masa. Dari melayan Meet yang tak faham bahasa lebih baik makan pisang!.