Jumaat, 24 April 2009

Politik

Politik…Politiking…Politikus…Politena…Politeknik…Politeisme…
Wah pening aku….
Dari kecil sampai umur 22 tahun ( wajib sudah mengundi ) POLITIK masih bangga dengan kuasanya, aku sebenarnya belum paham apa sebenarnya POLITIKUS ni mahukan….
Nak menolong rakyat?
Menolong, mengetong, monolog dalaman…

Di jalan penuh dengan papan tanda ( undilah adun 007.James Sabon ), banyak papan tanda, banner, bendera, kompek dan bahai di letak di tepi, di tengah, di atas, di bawah, di siring-siring sampai tidak ada ruang untuk iklan komersil lain untuk menunjukkan iklan kain jual murah di kedai-kedai kain…

Dari jalan balung sampai kalabakan, dari sebatik sampai berpitik…
Bahang Suruhan Pilihan Raya (SPR) memang kuat…
Sampai tercetus pergaduhan sesama sendiri, nak tunjukan siapa lebih kuat, siapa lebih berkuasa dan ada juga disebabkan adanya pengundi hantu…
Kacau pikiran…

Nasib baik Malaysia tidak ganas macam di Negara luar sana, hari mengundi dijalankan dengan tenang walaupan ada masalah sikit tapi masih boleh terkawal…

Kenapa Wakil Rakyat perlukan?
Suara rakyat diwakilkan?
Diwakilkan kah suara rakyat?
Mengapa dan kenapa?

Penting memang penting, aku masih pening nak undi siapa?
Semua cakap putar belit, macam-macam janji di janjikan, janji belum ditunaikan masih mahu berjanji, janji berjanji, pening!!!

Semua mahu menang, semua mahu jadi wakil, semua mahu berjanji, semua lupa janji, ha..ha..ha…
Pangkah kotak ini, pangkah wakil ini, pangkah orang ini, pangkah memangkah…

Aku sudah dewasa…
Aku orang biasa, tidak banyak duit, tidak ada yang mengenali aku, tidak ada kerja tetap, aku masih muda, selalu cari jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu, makna tersirat ataupun tersurat politik belum aku faham tapi aku mahu jadi wakil rakyat…
Layak kah aku menjadi wakil rakyat ?

Ha…ha…ha…



1 ulasan:

  1. jika rasa diri x layak jadi wakil rakyat.. jangan hendak bermimpi d petang hari..
    jika diri rasa x mampu untuk menjadi pemimpin
    jangan berangan d hari-hari..
    bersyukur la apa yg kamu ada wahai umat..
    jangan la kamu terlalu leka dangan masalah dunia tanpa ambil kira masalah akhirat..

    BalasPadam