Isnin, 18 Mei 2009

Kenapa Patut Malu?

Aku malu,
Aku malu dengan orang ramai…
Rasa malu ini tetap ada walaupun aku tidak malu…
Orang cakap cara untuk menghilangkan rasa malu dengan memotong urat malu di bahagian leher di antara halkum dengan kerongkong. Aku rasa istilah itu macam bohong kerana sudah banyak orang yang memotong urat malu telah menemui ajalnya.
Setelah aku pikirkan sebanyak 25 kali dengan mengunakan kaedah pengimejman rasa pelik mula muncul dalam pikiran normal ku. Pikiranku mula tergangu apabila orang ramai tidak mahu mengalihkan pandangan mereka dari memandang kami berdua. Apa yang istimewanya apabila melihat kami berdua, pelik memang pelik, sakit memang sakit, pedih memang pedih…
Mereka memandang kami seperti memandang Faizal Husin dengan Nasya Aziz yang sedang berdua-duaan di tepi pantai tetapi aku sedar kami bukanya setaraf dengan artis popular itu. Kami hanya insan biasa yang tidak ada nama mahupun harta tetapi kenapa orang ramai memerhatikan kami di hari pertama kami bertemu biarpun kami tidak ditemukan ataupun ditemuramah mahupun ditemubual.
Dari sudut geometri pula, aku dapati pertemuan kami tidak ada kesilapan mahupun kecacatan yang ada dari kami berdua biarpun baru 30minit kami bertemu perasaan sakit hati mula wujud dari dalam hati walaupun setiap langkah kami diatur dengan berhati-hati tatapi orang ramai tetap memerhatikan kami.
Aku mula menutup mata untuk mengurangkan rasa malu. Apabila aku menutup mata pandangan ku mula gelap dan didalam kegelapan itu aku dapati tidak ada orang yang muncul dari pandangan ku. Aku tidak rasa takut mahupun rasa terinaya kerana tanganku setiasa berada ditangan mu. Aku dapat rasakan dari gengaman tanganmu itu aku selamat dari ancaman pakcik Selamat.
Kenapa aku rasa malu sedangkan kita berdua adalah orang biasa, bukannya orang asing mahupun orang tempatan tetapi semua itu tidak penting kerana rasa malu ini belum hilang dari jiwa mahupun perasaanku. Kalau orang ramai tidak memerhatikan kita mungkin rasa malu ini tidak wujud disaat pertemuan kita ini.
Setelah pertemuan kami berakhir rasa malu mula hilang secara tiba-tiba walaupun keadaan masih sama seperti sediakala. Aku mula rasa pelik kenapa aku rasa malu ketika bersama-sama kamu. Adakah aku patut malu ataupun kamu yang patut malu sedangkan mereka yang memerhatikan kita tidak rasa malu walaupun aku tidak mengetahui apa yang mereka rasakan ketika memerhatikan kita.


( watak aku adalah orang utan betina seksi dan watak kamu adalah lelaki macho )





Jumaat, 24 April 2009

Politik

Politik…Politiking…Politikus…Politena…Politeknik…Politeisme…
Wah pening aku….
Dari kecil sampai umur 22 tahun ( wajib sudah mengundi ) POLITIK masih bangga dengan kuasanya, aku sebenarnya belum paham apa sebenarnya POLITIKUS ni mahukan….
Nak menolong rakyat?
Menolong, mengetong, monolog dalaman…

Di jalan penuh dengan papan tanda ( undilah adun 007.James Sabon ), banyak papan tanda, banner, bendera, kompek dan bahai di letak di tepi, di tengah, di atas, di bawah, di siring-siring sampai tidak ada ruang untuk iklan komersil lain untuk menunjukkan iklan kain jual murah di kedai-kedai kain…

Dari jalan balung sampai kalabakan, dari sebatik sampai berpitik…
Bahang Suruhan Pilihan Raya (SPR) memang kuat…
Sampai tercetus pergaduhan sesama sendiri, nak tunjukan siapa lebih kuat, siapa lebih berkuasa dan ada juga disebabkan adanya pengundi hantu…
Kacau pikiran…

Nasib baik Malaysia tidak ganas macam di Negara luar sana, hari mengundi dijalankan dengan tenang walaupan ada masalah sikit tapi masih boleh terkawal…

Kenapa Wakil Rakyat perlukan?
Suara rakyat diwakilkan?
Diwakilkan kah suara rakyat?
Mengapa dan kenapa?

Penting memang penting, aku masih pening nak undi siapa?
Semua cakap putar belit, macam-macam janji di janjikan, janji belum ditunaikan masih mahu berjanji, janji berjanji, pening!!!

Semua mahu menang, semua mahu jadi wakil, semua mahu berjanji, semua lupa janji, ha..ha..ha…
Pangkah kotak ini, pangkah wakil ini, pangkah orang ini, pangkah memangkah…

Aku sudah dewasa…
Aku orang biasa, tidak banyak duit, tidak ada yang mengenali aku, tidak ada kerja tetap, aku masih muda, selalu cari jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu, makna tersirat ataupun tersurat politik belum aku faham tapi aku mahu jadi wakil rakyat…
Layak kah aku menjadi wakil rakyat ?

Ha…ha…ha…



Khamis, 23 April 2009

Cinta Monyet…

Dari jauh Saifol sudah meneka tubuh rakannya, Meet yang kelihatan sedang duduk di hadapan mesin pencetak. Merenung mesin pencetak yang sedang berfungsi seolah-olah sedang memikirkan masalah Negara. Tapi Saifol amat yakin bukan masalah itu yang sedang bermain di fikiran Meet. Tidak mungkin Meet memikirkan masalah Negara kerana Meet bukan berfikiran Patriolitik. Erti patriolitik pun Meet tidak pernah nak ambil tahu apatah lagi nak sambut hari kemerdekaan Negara yang disambut setiap tahun oleh rakyat Malaysia mahupun rakyat asing yang berada di Negara Malaysia. Itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa hal ehwal Negara tidak penting dalam hidup Meet.

Jadi apa yang sedang Meet fikirkan? Tidak penah Saifol melihat Meet termenung jauh seumpama sekarang. Dari kecil lagi mereka berdua berkawan rapat, Meet tidak pernah termenung atau bersedih seperti kematian bini. Meet mengamalkan hidup yang ceria dan sering menjahui sebarang masalah yang mungkin timbul. Pendek kata Meet sentiasa bergembira walaupun kena olok, di hina, kena pukul mahupun kena buli oleh rakan-rakannya sekalipun, dia tetap gembira seperti dapat kahwin dengan datuk siti nurhaliza. Pernah sekali Saifol melihat Meet bersedih, itupun waktu Meet sakit gigi atau terkena cirit-birit yang keronik.

Saifol meneruskan langkah. Perlahan-lahan Saifol mengatur langkah untuk mengejutkan Meet tapi hajat Saifol tidak tercapai kerana terpijak bag plastik dan mengejutkan Meet lalu menoleh kearah Saifol.

“Saifol ! kenapa kau terhendap-hendap?” tegur Meet tanpa menunjukkan perasaan terkejut.

Saifol mengaru kepala sekaligus mengaru ketiak. Tiba-tiba saja ketiak Saifol gatal biarpun mengaru kepala menunjukkan Saifol kekeringan idea untuk menjawab pertannyaan Meet.
“ada apa Saifol?” Tanya Meet setelah menyepikan diri sejanak.
“tidak apa-apa,saja nak jumpa kau, salahkah aku nak jumpa kau?” Saifol menjawab soalan Meet.
“tak salah, aku Tanya saja, manalah tau ada hal mustahak, maklum sajalah kau kan jarang jumpa aku, kau kan selalu bermain skate di terowong” kata Meet.

Meet malu-malu. Perkataan terowong mengigatkannya kepada buah hatinya yang berkerja di sana. Dia tidak pernah menceritakan kepada Saifol kerana segan. Tidak sangka pula Saifol telah tahu dengan sendirinya.
“aku dengar kau ada buah hati sekarang. patutlah jarang aku tengok kau di sini. Seronoklah kau sekarang,” jawab Meet merendah diri.
“kau pun sama. Kau pun ada buah hati. Buah hati kau lebih cantik dari buah hati aku. Maklum lah kau kan lebih tampan dari aku. Sudah tentu ramai awek tertarik kepada kau berbanding aku yang hodoh lagi hina,” jawab Saifol merendah diri.
Walaupun Saifol menyampaikan kata-kata itu dangan gaya lawak dalam usaha untuk melihat senyuman Meet, tetapi usahanya ternyata sia-sia. Jagankan nak ketawa, senyum pun tidak. Sahlah sekarang Meet mengalami masalah besar dan sukar untuk mencari jalan penyelesaian.
“aku lain, kau lain. Dalam soal mencari cinta sejati demi sebuah kebahagiaan, paras rupa bukanlah ukuran. Biar cantik atau hodoh, yang penting adalah kasih sayang dan keikhlasan. Kebahagiaan bukan diukur dengan paras rupa. Kau mesti paham tu. Tidak kurang di dunia ni orang yang cantik gagah berolah kebahagiaan,” ujar Meet dengan gaya seperti sedang mendeklamasi puisi.
Terpegun seketika Saifol mendengar puisi indah dari Meet di telinganya. Seumur hidupnya, tidak pernah dia mendengar kata-kata seindah ini. Dia kagum kerana kata-kata itu terbit dari mulut rakan baiknya sendiri. Saifol tidak pernah menyangka Meet memiliki bakat menjadi penyair. Mungkin juga Meet sendiri tidak pernah tahu akan adanya bakat yang terpendam.
“aku berharap kami pun akan bahagia, sama seperti kau dengan Aini,” kata Saifol tanpa menduga masalah itulah yang menghatui fikiran Meet.

Mendengar nama Aini, satu keluhan dilepaskan dari mulut Meet. Kedengaran berat dan dalam menbuatkan Saifol mula mengesyaki sesuatu. Kerana selama ini ramai yang tahu Meet dan Aini adalah pasangan serasi. Manalah ada yang mendakwah pernah mendengar Meet dan Aini menyanyikan lagu Serasi secara berduet.

“sebenarnya hubungan kami sedang mengalami masalah besar. Aku tak tau sama ada hubungan kami akan berakhir dengan kebahagiaan atau akan terputus d tengah jalan. Aku sedang keliru dan kecewa kerana sebenarnya Aini tidak menghargai cinta dan kasih sayang yang aku curahkan kepadanya,” jelas Meet menceritakan permasalahan yang dihadapinya.

Saifol amat terkejut. Terganga mulutnya mendengar penjelasan itu.seperti tidak masuk logic kerana hubungan Meet dan Aini bukan rahsia lagi. Mereka adalah pasangan yang secocok dan amat padan. Sama cantik sama lawa, seperti pinang dibelah dua. Namun, sapa menyangka sebenarnya dalam air yang tenang rupa-rupanya ada buaya itu sedang tidur, sebab itulah airnya tenang.

“ kenapa kau cakap macam tu. Aku dengar Aini tu bukan main sayang pada kau. Kau pun sayangkan Aini,” kata Saifol seperti engan mempercayai dakwaan Meet. “ kau pernah dengar istilah cinta Monyet ?” Tanya Meet. Saifol mengangguk. Istilah itu memang popular. Entah sapa yang menciptannya.
“ kau tahu Aini cakap apa ?” Tanya Meet lagi.
Kali ini Saifol mengeleng. Manalah dia tahu. Meet pun satu, Tanya soalan bodoh macam tu.
“ Aini cakap apa ? “ balas Saifol bertanya setelah Meet hanya mendiamkan diri.
Sekali lagi terdengar keluhan, sama seperti tadi. Saifol terpaksa bersabar. Mustahil Meet tidak mendengar pertantayaan tadi.
“ ntahlah. Aku pun tak paham kenapa dia buat tuduhan liar macam itu. Aku tak sangka selama ini Aini tak percaya cinta aku terhadapnya adalah cinta sejati, bukan cinta main-main atau pun main-main cinta macam judul filem tu. Aku amat mencintai Aini, sepanuh hati. Tapi sampai hati Aini meragukan sebuah cinta agung. Itulah yang menbuat aku sedih sangat. Sudah dua hari aku tak lalu makan. Mandi jangan ceritalah. Kadang-kadang aku rasa nak bunuh diri sebagai bukti bahawa aku memang cintakan Aini sepenuh hati. Tapi…”
Esakan kedengaran. Saifol terharu bila melihat Meet menitiskan air mata. Namun Saifol tidak dapat pertalian di antara kesedihan Meet dengan cinta Monyet yang ditanyakan tadi.

“ apa yang Aini cakap?” Tanya Saifol setelah melihat Meet sudah berhenti menangis.
“ kan aku dah cakap tadi?” kata Meet dengan suara meninggi. Saifol tidak tersingung kerana tahu Meet sedang beremosi. Sebagai seorang sahabat, dia harus memahami. Sekirannya dia berkasar, sudah tahu Meet akan menjadi berang kerana emosinya sedang tergangu.

“ maaflah, mungkin aku kurang faham,” kata Saifol mengakui kelemahan dirinnya.
“ kau tahu aku amat mencintai Aini, “ kata Meet.
Saifol magangguk. “ tak patut Aini tuduh kau macam-macam,” kata Saifol bersimpati.
“Eh, apa kau cakap nie. Aini tak tuduh aku macam-macam, “bantah Meet membuatkan Saifol kebingungan.
“ habis tu?”
“ Aini cakap sikit sahaja, selebihnya aku buat kesimpulan sendiri,” jelas Meet.
“ apa yang Aini cakap?” Tanya Saifol.
“ masa itu kami sedang bercakap soal cinta. Tiba-tiba saja Aini cakap cinta aku terhadapnya adalah cinta Monyet…” ujar Meet sambil menundukkan kepala.
Saifol tergamam. Seakan tidak percaya dengan apa yang menusuk ke lubang telinganya.
“ kau ni dah gila kah apa!” seru Saifol membuatkan Meet terkejut. Saifol menggelengkan kepala.
“ kau nak tau kenapa Aini cakap cinta kau terhadapnya adalah cinta Monyet?” Tanya Saifol.
Terkebil-kebil mata Meet memandang Saifol. Tidak pernah Saifol menuduhnya atau sebarang gelaran seumpamanya. Apatah lagi Saifol kelihatan marah.
“ Aini cakap macam tu sebab kita ni Monyet. Kalau monyet dah tentulah cinta Monyet. Kau nak cinta apa lagi, nak cinta penyu?” sergah Saifol lalu berbalik untuk segerah melangkah pergi dari situ setelah menyedari dia hanya membuang masa. Dari melayan Meet yang tak faham bahasa lebih baik makan pisang!.

Selasa, 24 Mac 2009

Reka T-shirt rekatee TV3

Design t-shirt by arifDesign


Masuk-masuk...jom masuk peraduan dari TV3 (rekatee) bersempena dengan ulangtahun yang ke-25 TV3.
tak tau menang @ tak yang penting dah hantar design baju nie, InsyaAllah kalo ada rezeki bleh lah up load design baju, sekurang-kurangY pun saguhati pun di layan...
ha..ha..ha..

Hadiahnya pulak:
Utama: RM 10000
Kedua: RM 5000
Ketiga: RM 3000
Saguhati: dapat tegok rancangan TV3 Free tanpa letrik...
Fuyoo !!! banyak owh....

Syarat-syarat penyertaan
1. Terbuka kepada semua warga Malaysia kecuali warga kerja Media Prima.
2. Berumur antara 12 hingga 45 tahun.
3. Setiap penyertaan adalah menjadi hak TV3 dan akan digunakan untuk tujuan publisiti.
4. Konsep, idea dan kreativiti hendaklah berunsurkan ulangtahun ke-25 TV3.
5. Tarikh tutup penyertaan 1 April 2009.

Spesifikasi Rekaan
1) Rekaan boleh menggunakan perisian komputer Adobe illustrator,Adobe photoshop atau ilustrasi yang telah diimbas (scan)
2) Penyertaan yang dihantar melalui email mestilah menggunakan format PDF yang tidak melebihi 5MB dan jika penyertaan anda terpilih maka anda dikehendaki menghantar format asal dalam bentuk cd atau dvd
3) Penyertaan melalui pos boleh menyertakan format asal dalam bentuk cd atau dvd.

Hantarkan rekaan anda ke:
Email: rekatee@tv3.com.my / ezrina@tv3.com.my
Pos di alamat:
Rekatee Campaign
P.O. Box 11543
50748 Kuala Lumpur


Ahad, 1 Mac 2009

The Red Devils menang lagi ha..ha..ha...

Poster by arifDesign

London - Keberhasilan memenangi Piala Carling membuat Manchester United selangkah lebih dekat menuju Quintuple Winners. Harry Redknapp optimistis The Red Devils mampu melakukannya.

Sebelum ini MU sudah menjuarai Piala Dunia Antarklub pada Desember 2008 lalu, sebelum menambahnya dengan Piala Carling , Senin (2/3/2009 dinihari WIB, dengan mengalahkan Tottenham Hotspur melalui adu penalti. 'Setan Merah' kini berburu tiga gelar lainnya untuk menjadikan mereka Quintuple Winners atau peraih lima gelar dalam semusim.

Tiga gelar tersebut adalah Premier League, Piala FA, dan Liga Champions. Menurut Redknapp, peluang terbesar MU ada di Liga Primer. Pasalnya, mereka saat ini memiliki jarak yang cukup lebar dengan Chelsea dan Liverpool.

"Mereka memiliki kesempatan besar untuk memenangi semuanya. Mereka adalah tim untuk dikalahkan, tentu saja, dan memiliki skuad yang fantastis," ujar manajer Spurs ini seperti dilansir Sportinglife.

"Liga Inggris akan menjadi milik mereka, saya yakin itu. Anda juga tak akan bertaruh melawan mereka di Liga Champions. Mereka akan menjadi empat besar yang akan berlaga di semifinal Piala FA."

Saat ini di Premiership, MU tengah unggul tujuh poin atas The Blues dan The Reds. Mereka masih bisa melebarkan selisih tersebut lantaran masih menyimpan satu pertandingan sisa. Jadi jangan nak main-main dengan "Setan Merah" nie erk...

From Holigan Manchester United {: arif Oi!

Kehebatan Karya Seni Agung lukisan MONA LISA dari Leonardo


Tajuk : Mona lisa atau juga dikenali sebagai La Gioconda
Saiz Ukuran : 77 × 53 cm, 30 × 21 inci
Media : Cat Minyak di atas kayu Poplar

Pelukis : Leonardo Da Vinci ( 15 April 1452 - 2 May 1519 )
..............


Apa yang hebat sangat tentang Mona Lisa ? , Itu ialah soalan yang selalu ajukan kepada penulis. Dari beratus-ratus karya seni agung yang pernah dihasilkan , kenapa Lukisan Mona lisa oleh Leonardo ini selalu jadi momokan sebagai satu karya hebat ?


Bagi penulis , jawapan bagi soalan itu amat mudah. Cuma kita kena melihat kembali sejarah perjalanan Mona lisa dari studio leonardo hingga ke Galeri Louvre di paris. Di hasilkan pada tahun 1503 , ketika Era Pembaharuan melanda eropah , Leonardo telah mengambil masa lebih dari 4 tahun utk menyiapkannya. Dari itali , Leonardo membawa lukisan ini ke paris pada tahun 1516 dan Mona lisa telah dijual kepada Raja Francis I , pemerintah paris ketika itu dengan harga setinggi 4000 e'cus . Mona lisa kekal didalam simpanan keluarga diraja perancis sehingga ke zaman pemerintahan Raja Louis XIV , Baginda kemudianya memindahkan lukisan tersebut ke istana Versailles.Apabila revolusi perancis bermula , Mona lisa telah dipindahkan sekali lagi ke Louvre.Apabila Raja Napoleon menaiki takhta perancis pada tahun 1804, beliau telah memindahkan Mona lisa ke kamar tidurnya di istana Tuileries. Namun Mona lisa dipulangkan kembali ke louvre sehingga tercetusnya Perang Perancis-Prussian pada 1870.Dari detik itu Mona lisa disembunyikan dari satu lokasi ke lokasi rahsia di sekitar kota paris.



Teknik Penghasilan :- Mengunakan teknik sfumato ( dari perkataan itali - fumo , yang bermaksud asap ). Jika dilihat stroke lukisan ini sangat kabur . Begitu juga dengan perbezaan terang kepada gelap yang amat harmoni . Ciri-ciri gaya Leonardo boleh di lihat dengan jelas kepada pilihan warna yang dibuat . Mona Lisa perlu di lihat dengan cara yang berbeza , Baru makna keunikannya terserlah.

Sebenarnya banyak lagi rahsia macik Mona Lisa nie tapi kalau nak tau rahsia di balik rahsia lukisan makcik Mona Lisa nie cari la sendiri erk...

Jumaat, 27 Februari 2009

Pakcik Husien nak datang ke Tawau ??

Poster yang sedang menunggu confirmation dari organizer.

Hujan dah turun tapi Pakcik Husin belum balik dari keja...
Kerisauan Aizat anak Pakcik Husin semakin menjadi-jadi...
Sementara Aizat menunggu kepulangan Pakcik Husin dia sempat berSapel di Dewan Masyarakat Tawau...
Pakcik Husin menyatakan bahawa dia akan balik ke Tawau pada 4hb April 2009 pada waktu Hujan yang di tunggu oleh anakyan Aizat sambil berSapel...
"Gegarkan Konsert itu di Konsert Gegar yang bergegar di konsert itu"
Ha...Ha...Ha...

Jumaat, 13 Februari 2009

TAWAU GIG'S

TAWAU YOUTH MUSIC PRESENTS
MUSIC AGAINST DISCRIMINATION..
22 FEB 2009 / 12pm-6pm
DE CHOICE HOTEL
" MAKE FRIENDS..NO WAR "

Khamis, 12 Februari 2009

ANDA MENCARI KERJA ???

MEMPELAWA WARGANEGARA MALAYSIABERUSIA 18 TAHUN KEATAS UNTUK MEMOHON JAWATAN-JAWATAN KOSONGSEPERTI DIBAWAH :
* GRAPHIC DESIGNER
* SALES EXECUTIVE
* OFFICE ASSISTANT

FAEDAH-FAEDAH YANG AKAN DINIKMATI :
1. GAJI YANG TINGGI SESUAI DENGAN KEBOLEHAN, KECEKAPAN DAN KESUNGGUHAN KERJA
2. KENAIKAN GAJI ADALAH BERDASARKAN PRODUKTIVITI KERJA
( BOLEH BERLAKU SETIAP BULAN )
3. ELAUN LEBIH MASA MENGIKUT AKTA BURUH
4. BONUS BULANAN, SETENGAH TAHUN DAN TAHUNAN
5. CARUMAN KWSP DAN SOCSO
6. KERJA MENGIKUT MASA FLEKSIBEL
7. RAWATAN PERUBATAN SECARA PERCUMA

KELAYAKAN YANG DIPERLUKAN :
1. MEMPUNYAI ASAS PENGUNAAN GRAPHIC SOFTWARE SEPERTI ADOBE ILLUSTRATOR, ADOBE PHOTOSHOP ATAU CORELDRAW.
2. MEMPUNYAI MINAT YANG MENDALAM DALAM ART DAN DESIGN
3. TINGGAL DI SEKITAR BANDAR TAWAU
4. TIDAK MEMPUNYAI REKOD JENAYAH

HUBUNGI KAMI DI :016-8331197 (HADY)
Tarikh Tutup : 25/2/2009

ANAK NAKAL

ANAK NAKAL or ANAK HALAL ?
Sebuah Filem baru dari SRG Productions petikan dari Filem Anak Halal...
Cerita ini hampir serupa dengan cerita asal hanya Watak dan Aksi dalam cerita ini telah diubah
suai untuk menjadikan cerita ini lebih menarik...
Watak-watak dalam Filem Anak Nakal ini adalah pelajar-pelajar Politeknik Johor Bahru yang berbakat besar dalam bidang lakonan tapi hanya.................yang sangup
mengambil mereka berlakon...ha..ha..ha...
Kalau nak tahu cerita di balik cerita filem ini?
nantikannya...
AKAN DATANG MAC INI !!
DAPATKAN SEGERA VCD ALL SCHOOL OF LOGO yang berharga RM25.00
SILA HUBUNGI : 013-7921337 ( aRIf )

Rabu, 11 Februari 2009

Stop War !


Apa sumbangan kita ?... Apa juga sumbangan Ikhlas anda akan manjadi hadiah bermakna untuk mereka... sekurang-kurangY sumbangkanlah Doa Al-Fatiaha kepada saudara Islam kita di Sana...

my way

sebuah kisah tentang kita....my way